Sunday 21 February 2016

Aku Penganggur Sambilan

Kembali menjadi blogger setelah berkurun menanam anggur di rumah parents. "Pecah peluh aku"
Menjadi penganggur memang banyak masa tapi aku tak tahu nak buat apa dan hari demi hari berlalu macam tu je so lame-lame ko mesti naik lemaukan. Jadi nak hilangkan rasa kebosanan dan kelemauan, aku buat blog baru walaupun takda satu pun follower haha. Takpe aku blogging pun bukan nak cari follower tapi sekadar nak mengisi masa terluang aku.

Kenalkan Syaripah Nemey.

Kisah aku bermula...
Lepas je aku habis send Final Business Plan aku dan dah Viva semua. Aku rehat kat umah lama jugak sebelum aku join program GEMS 2.0 (Graduate Employment Management Skill), program macam SL1M tapi yang ni goverment join venture dengan syarikat swasta. Program ni free dan memang berguna untuk fresh grad atau pun penganggur. Bagi aku, aku tak menyesal pun join program ni walaupun de sesetengah member aku yang dari program ni rasa menyesal join. memang program ni agak ketat bersyarat semua tapi aku memang suka redah dan ikut je. Hahaha. Yang penting ilmu yang aku dapat berserta kawan baru dari pelbagai bidang dan universiti. tu yang aku suka walaupun aku bukan jenis friendly.

Alhamdulillah lepas join GEMS 2.0, aku dapat interview Pizza Hut kat KL sebagai Assistant Manager (PHD) tapi sebelum tu aku kena masuk kat mana-mana cawangan phd untuk training 2 minggu atau lebih supaya aku kenal operasi phd tu. so aku pun kerja la kat phd seri iskandar 2 minggu dan ditakdirkan Allah SWT kampung aku Kampong Gajah banjir besar melanda hujung bulan disember 2014 hingga awal bulan januari 2015. So aku kerja la dalam orang semua sibuk pasal hal banjir. aku pun siap pindah randah bagai tau. 
Sekali lagi aku diuji oleh Allah Swt bila mana rezeki aku bukan di Phd sebab aku tak lepas medikal checkup (blood pressure tinggi) maka aku redha jela.

 gambar sekadar hiasan

Bulan Mac 2015, aku dapat kerja setelah direkemenkan kawan aku di syarikat kosmetik V asia Shah Alam sebagai Store clerk saja bagi nama english biar nampak grand sikit. Haha. actually aku apply bahagian marketing tapi second bos kate aku takkan maju kalau aku duduk kat marketing. (dia kate marketing setakat level spm je). Kerja jadi kerani stor not bad time pun office hour walaupun aku de gak buat OT gaji okay la untuk makan sorang diri kat bandar tapi aku buat decision nak berhenti jugaksebab aku demotivated, perasan aku down jauh dengan family kut, dan sebab yang lain hal prinsip. itu yang buat aku kuat untuk resign after 3 bulan. Walaupun 3 bulan je aku kerja, aku rasa banyak jugak yang aku dapat belajar dan rasai sendiri pengalaman handle stok memang kalau tak kuat ko boleh sasau kat situ. Bila kau buat report stok in and out tak sama memang boleh sasau beb. Huhu. Silap key in jumlah stok pun boleh bai dan yang lain macam2 ragam bos dan staf bende biasa lah. Masa aku keje sini aku jadi lone ranger habis.

After aku resign, aku start bisnes sambilan jadi agen dimsum kat Perak. Seronok jugak berniaga ni rupenya. Hahaha. Tapi tak lama jugak bisnes ni berjalan mungkin agak kurang dari segi marketing. yela aku berniaga secara online je post kat facebook dengan instagram dan aku buat khidmat c.o.d (Cash on delivery). Aku ada jugak plan nak bukak table meniage pasar malam atau pasar tani tapi entahlah mungkin aku takde partner so malu dalam aku ni muncul. Huhu.

 wajah dimsum yang aku jual

sekarang 22 februari 2016 aku kembali menganggur. Aku tak restok dimsum balik dah atas beberapa faktor: 1. modal aku dah habis buat makanan dan shopping "aku kuat makan okay!"
           2. Peti sejuk beku umah aku penuh so mak aku kate "Nanti tak payah restok dah"
           3. Kurang order dari customer (salah aku jugak kurang marketing hehe)
           4. Ekonomi 2016 agak ....... "tengok berita ye"

Ini lah asam garam aku jadi penganggur sambilan. Kenapa sambilan??? sebab aku pun ade buat kerja lain:
1. Akulah driver rasmi parents aku
2. Akulah pembantu dan pengemas rasmi homestay ayah aku
3. Akulah Catsitter rasmi si Syaripah Nemey



Bernoktah disini jela.. Sekian.

-AdilBaharudin


1 comment:

  1. How do I make money from scratch casinos?
    I'm trying to make money 바카라 사이트 from scratch casinos 바카라 with the help of tips that help you หารายได้เสริม win big. How much money can I win if I don't win?

    ReplyDelete