Interview management trainee memang open interview so korang boleh lah walk in je tapi tunggu bila dorang bukak post management trainee (MT). Tak silap aku setahun 2 kali dorang bukak untuk MT.
Aku dapat interview kat Aeon wangsa Maju KL 17 januari 2016 hari ahad. Aku pergi KL sehari sebelum sebab aku jauh duduk kat perak kan.
Interview start pukul 10 pagi. Tapi aku dengan family aku sampai awal giler. Haha. Kiteorang tunggu dekat main gate mall. Ramai jugak la yang tunggu dengan aku haritu. Lepas dorang buka pintu kaca terus semua orang serbu. Aku macam biasa lone ranger family aku tunggu kat bawah je. Huhu. Takpe dah biase. Aku just follow orang yang reramai ni naik tingkat satu arah ke akademi business Aeon (ABA).
Aku beratur untuk isi like attendend kat dalam laptop, nama, no phone, ic, course & etc. Lepas je isi tu amik application form, personality & etiquette test. Kiteorang diarahkan gerak ke bilik untuk career talk. So sapa yang lambat memang tak dapat nak dengar sebab kalau ramai sangat bilil tu penuh.
Aku nasib baik la terus straight ke bilik dapat la tempat duduk. Mase career talk dorang explain pasal ape sebenarnya management train kat aeon ni. Berapa lame mase trainee. Pastu benefit ape yang kite dapat kerja under aeon. dan yang paling ramai dinanti-nantikan adalah GAJI. Haha.
Okay yang aku nak share bila korang start keje atau jadi trainee. Korang dapat benefit bagi aku sangat marvelus meletop. Korang dapat medical free, makanan minum ade potongan staf, beli barangan pun same, and then bila korang kena travel ke akademi ko boleh claim okay. Bab gaji pulak untuk ijazah RM 2050 ( Rm 50 tu attendend full). After 6 month korang dapat lagi 300 tak salah aku. Yang paling best nya bila ko jadi trainee korg terus jadi permanent staf. Ha best tak. Tapi based in your performance la.
Bagi aku payment aeon okay even ko kene shif pagi atau shif petang. Semase trainee.. weekend cuti sehari je dalam sebulan tapi boleh pilih hari pe yang korang nak cuti.Kerja 6 hari seminggu cuti sehari.
Selepas je habis career talk, aku terus cecpat isi application form, jawab soalan ettiquete test & personality test. Fuh first time kut jawap test dan test ni termasuk 30% marks. Tapi time interview ko still kene perform bagus.
Okay aku punya turn interview start dalam pukul 2. Lebih 4 jam lebih aku tunggu sebab terlalu ramai orang dan kebanyakan yang datang budak2 yang baru habis degree.
Interview in a group. Empat orang dalam satu group. Seorang je yang interviewer time aku alhamdulillah aku dapat intetviewer lelaki melayu iaitu Encik Bistari ( En Best) assistant manager dari HQ.
Soalan yang biase adalah introduce yourself;
Name, asal, education background, kerja semasa/tempat internship, pengalaman dari tmpt kerja/internship dan satu soalan what is your strenght ( soalan yg ni aku kena). Aku first candidates so aku yg diinterview dulu lepas aku habis yg lain pulak.
Akhir sekali dye akan tanye aeon mane yang kite pilih untuk MT dan KENAPE. Korg boleh la jawap sebab dekat rumah ( 15 minit je) dan dah familiar dengan selok belok aeon tu. In english tau interview nye.